Sunday, 30 December 2012

MENYAMBUT TAHUN BARU 2013


Salam semua...

Tahun baru 2013 akan menjelma selepas 12 malam ini. Selamat Tahun Baru kepada suamiku, anak2 ku, kakak2, abang, adik2 ku, anak2 saudara, saudara mara, sahabat2 serta kepada semua yang membaca blog ini. Semoga tahun 2013 memberi lebih kebahagiaan kepada hidup kita di dunia ini dan yang paling penting mendapat Rahmat Ilahi.

Saturday, 29 December 2012

 SELESAI EXAM

Salam semua......


Hari ini baru saya rasa tenang sebab exam baru selesai...kalau tidak berserabut fikiran ni asyik fikirkan exam sahaja..Alhamdulillah hanya tinggal 4 subjek sahaja untuk selesaikan degree...Tak sabar rasanya...

Selama ini masa banyak ditumpukan pada pelajaran sendiri tapi selepas tamat ni saya akan tumpukan sepenuh masa untuk pelajaran anak-anak...Kesian Nadiah tahun lepas dia dapat 4A 1B....Tahun ni ibu akan tumpu pada Nadiah dan Solehah untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan dapat keputusan cemerlang. Kalau boleh Nadiah dan Solehah dapat semua A dalam peperiksaan.










Wednesday, 8 August 2012



Assalamualaikum dan salam sejahtera....


Hari ini adalah permulaan saya menulis di laman blog ini...semoga selepas ini saya dapat berkongsi pelbagai perkara yang menarik di sini dengan pengunjung di blog saya...Selalu saya membaca blog orang lain untuk mendapatkan pelbagai ilmu yang berguna...kini dengan izin Tuhan saya dapat menulis sendiri di laman blog saya..Alhamdulillah syukur...

.


                                gambar baby saya dan kakak kesayangan


Salam perkenalan dari saya...

Selasihku sayang