Thursday, 3 January 2013

Pengalaman di hospital semalam yang terletak di PJ

Sedih betul tengok cara bangsa kita ni kalau melayan pesakit...Petang semalam saya hantar anak buah iaitu anak arwah abang Roslee ke situ sebab demam teruk macam nak pitam...sampai sahaja di depan pintu masuk kecemasan dia tidak disediakan kerusi roda sedangkan masa tu dia tak kuat untuk berjalan sendiri. Sudahlah tu tak dipapah ke dalam oleh staf tersebut...Kenapa pekerja hospital bersikap macam tu?...Adakah ini ciri-ciri pekerja hospital?...kalau gitu lagaknya kebih baiklah staf tersebut kerja di syarikat lain yang tak memerlukan kebajikan dan layanan baik kepada pesakit..
 
Selepas parking kereta, saya pergi ke tempat anak buah duduk di kecemasan..Dia bagitahu yang dia berjalan sendiri dari pintu masuk ke tempat duduk di hadapan dewan kecemasan..dalam keadaan dirinya hampir pitam dan pandangan kabur. Setelah menunggu punya lama daripada jam 5 lebih, namanya tak dipanggil..Anak buah saya minta nak masuk cepat sebab badan dia sangat lemah rasa nak terbaring..(sebenarnya nak pitam)..Sampai dalam dewan  atau bilik kecemasan, saya minta nurse tengok suhu badannya yang panas dan sakit..Nurse tu bukan main lagi asyik perli apa yang saya cakap tentang kesihatan anak buah saya tu..Bila saya kata anak buah saya sakit badan dan lemah, dia pun jawab."Memanglah demam macam tu dik, demam memang sakit badan"..bila saya minta tolong sebab dia tak boleh berdiri atau duduk lama macam nak pitam, dia jawab "biasalah demam"..Dia tak ada inisiatif nak bagi anak buah saya baring di katil dalam bilik kecemasan tu sementara doktor bagi rawatan...Saya fikirkan dia berusia jadi saya malas nak bergaduh mulut..
 
Oleh kerana hampir 2 jam menunggu dengan keadaan anak buah yang mengeluh sakit...saya pun terus berjumpa doktor di situ dan bagitahu yang saya nak bawa anak buah saya ke tempat lain...Doktor tu kelam kabut minta staf lain bantu tengok anak buah saya dan menjawap dia pun sibuk tengok pesakit yang menunggu dari jam 4 petang..Saya tak kisah dia nak tengok pesakit lain tapi bagilah anak buah saya yang nak pitam tu baring di katil yang kosong di situ sementara...Apa yang mereka belajar tentang rawatan saya pun tak faham..Kalau tak suka membantu orang lebih baik kerja pejabat sahaja atau kerja yang tak melibatkan kebajikan menolong orang sakit...
 
Bukankah kerja hospital ni besar pahalanya dan dapat pahala menolong orang sakit?..
 

No comments:

Post a Comment