Maafkan daku wahai sahabat...
Bukan niat hati ini
cuba menyepikan diri
di masa lalu
tetapi aku keliru
dengan diriku sendiri
Kau sahabat yang terbaik bagiku
jika tidak
mengapa aku sentiasa mengingatimu
aku tahu kau ikhlas bersahabat denganku
walaupun kau juga pernah menyepikan diri
sehingga aku tertanya-tanya apa salahku dan
apakah dosaku kepadamu sahabat...
Maafkanlah aku sahabat
aku insan yg lemah
mungkin apa yg kurasa tidak kau fahami
hingga mungkin membuat kau membenci
Aku teringin berbicara denganmu
wahai sahabatku
tapi bagaimana lagi?
kau seolah sangat membenci
Aku dahulunya
bukan seperti aku kini
jiwaku kini kental dan tabah
aku juga sudah berubah
aku lebih berani
aku juga sangat mudah berkomunikasi
aku kini mudah memahami
Maafkanlah aku sahabat
Bukan niatku meraih simpati
tetapi aku ingin meluah rasa hati
yang dulu terpendam di hati
Ketahuilah bahawa kau sahabat
yang sentiasa namamu di hati
takkan pernah kulupakan
walaupun sehingga aku mati
kenangan lalu mengusik jiwa...teringat sahabat lama
ReplyDelete